nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerjasama Bukanlah Tawar Jawatan TPM Pada Pembangkang

24 OGOS: Perutusan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengajak pembangkang bersama kerajaan dalam memulihkan negara bukanlah sampai ke tahap melantik mereka ke jawatan timbalan perdana menteri.

Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berpandangan, ajakan itu hanya sekadar menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) atau Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 yang ditubuhkan sebagai anggota bukan berjawatan pengerusi.

“Memang Ismail Sabri ada menyentuh isu penglibatan pembangkang dalam proses pemulihan negara dalam ucapan sulungnya.

“Tetapi, tidaklah sampai menjemput Ketua Pembangkang menjadi timbalan perdana menteri atau bekas Menteri Kesihatan dari Amanah kembali menjadi menteri kesihatan sebagaimana cuba dimainkan blok pembangkang.

“Tiada pun amalan memasukkan pembangkang dalam Kabinet di negara demokrasi lain,” katanya, hari ini. 

Terdahulu, Perdana Menteri semalam memperkenalkan pendekatan ‘Keluarga Malaysia’ bagi mengajak semua pihak termasuk Ahli Parlimen pembangkang untuk bersama-sama memulihkan ekonomi dan menangani masalah penularan pandemik COVID-19 secara menyeluruh.

Berikutan itu, Ismail Sabri menyeru kepada seluruh Ahli Dewan Rakyat, sama ada dalam atau luar kerajaan supaya menggembleng tenaga untuk memulihkan semula keadaan negara.

Beliau berkata semua ahli Parlimen perlu fikiran terbuka dan berlapang dada yang menerima, mencungkil persamaan dengan tidak lagi menggali perbezaan untuk menyelamatkan Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri turut mengajak pemimpin pembangkang membuka lebaran baharu hubungan rentas parti dengan menganggotai MPN dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 yang akan ditubuhkan kerajaan nanti.

Justeru, Roslan Shahir menegaskan itulah bentuk kerjasama rentas parti yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri yang juga merupakan Naib Presiden UMNO. 

Tambah beliau, pimpinan pembangkang yang ikhlas dan mahu bersama kerajaan terlibat dalam proses itu boleh menyertai MPN atau jawatankuasa yang dimaksudkan dengan persetujuan Perdana Menteri bukannya menjadi pengerusi tetapi anggota.

“Kita berharap pembangkang menyambut tawaran itu dengan hati terbuka dan berperanan sebagai pembangkang yang konstruktif, bukan mengadu-domba serta menghasut rakyat.

“Tak perlulah menuntut jawatan timbalan perdana menteri atau Kabinet seperti heboh ditularkan aktivis media sosial mereka kerana ia memang tidak munasabah dan memalukan,” katanya

Get real time updates directly on you device, subscribe now.