24 OGOS: Kes harian COVID-19 di negara ini kembali mencatatkan peningkatan melepasi 20,000 apabila 20,837 kes direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,593,602 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata semua negeri mencatatkan pertambahan kes dengan Selangor kekal menjadi negeri tertinggi melaporkan kes harian iaitu sebanyak 4,645 kes.
“Sabah merekodkan 3,376 kes, manakala Pulau Pinang (2,054), Kedah (1,772), Johor (1,743), Sarawak (1,543), Kelantan (1,422), Kuala Lumpur (1,284) dan Perak (1,242).
“Selain itu Pahang dengan 521 kes baharu, Melaka (396), Terengganu (383), Negeri Sembilan (351), Perlis (74), Putrajaya (27) dan Labuan (empat),” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.