nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM Janji Atasi Kelewatan Pemberian BKC

24 OGOS: Jaminan telah diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan isu kelewatan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) yang sepatutnya dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 16 Ogos lalu akan diberi perhatian sewajarnya dalam masa terdekat. 

Perkara itu disahkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi Facebook miliknya hari ini selepas dimaklumkan oleh Ismail Sabri kepada beliau yang sebelum itu, menyampaikan 10 tuntutan dan rintihan rakyat yang terjejas dan terdesak akibat pandemik COVID-19, semalam.

“Saya sudah sampaikan rintihan rakyat yang rata-rata amat tertekan dan terdesak ketika ini kepada Perdana Menteri malam tadi terutamanya berkenaan dengan isu kelewatan BKC yang sepatutnya sudah mula dikreditkan ke akaun penerima pada bulan Ogos. 

“Alhamdulillah, Perdana Menteri jawab dengan positif dan beri jaminan akan segera menghubungi Kementerian Kewangan untuk diambil tindakan segera. Insya-Allah sembilan lagi tuntutan lain akan saya perjelaskan secara terperinci sekali lagi kepada Perdana Menteri setelah dibentuk kabinet,” katanya. 

ASYRAF WAJDI

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi memaklumkan isu-isu yang dibangkitkan oleh rakyat dan dirumuskan oleh pihaknya sebelum ini dalam bentuk 10 Tuntutan Rakyat sebenarnya tidak sukar untuk direalisasikan.

Beliau berkata, dua daripadanya berkaitan dengan moratorium tanpa faedah terakru, di mana hanya perlu diseragamkan kaedah penawaran dan metodologi pengiraan keuntungan dan faedah oleh bank-bank, dengan kawal selia Bank Negara Malaysia.

“Manakala cadangan pengeluaran i-Citra secara sekali gus dengan kadar minimum RM10,000 atau berkadaran dengan jumlah yang ada dalam Akaun 1 dan Akaun 2, perlu dirundingi semula dengan pihak KWSP. 

“Lapan tuntutan yang lain adalah di bawah kuasa Kementerian Kewangan termasuklah tuntutan agar ditawarkan juga moratorium untuk peminjam LPPSA, tambahan bantuan-bantuan tunai lain melalui suntikan fiskal termasuk untuk peniaga kecil dan sederhana,” katanya. 

Selain itu, beliau menegaskan penambahbaikan data pemohon di Lembaha Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tujuan pemberian bantuan di samping menuntut agar karenah birokrasi dikurangkan ketika rakyat melalui proses rayuan. 

“Pemuda UMNO akan terus membuat tindakan susulan untuk ‘follow-up’ dan ‘follow-through’ sehinggalah segala tuntutan ini dapat dipenuhi. 

“Ini bagi manfaat rakyat yang memang susah, gelisah dan tertekan dengan kesempitan dan kelangsungan hidup mereka ketika ini,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.