nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Gencatan Politik Bukti Kerajaan Serius Tangani Pandemik, Ekonomi

25 OGOS: Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama tiga pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) hari ini memperlihatkan kerajaan benar-benar serius mahu semua pihak bekerjasama  menangani masalah penularan pademik COVID-19 dan kemerosotan ekonomi sepertimana yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.

Bagi penganalisis politik, Profesor Emeritus Datuk Dr Zainal Kling berkata, langkah Perdana Menteri itu menunjukkan beliau serius berusaha mencari persefahaman dengan semua parti politik untuk menyelesaikan krisis kesihatan dan ekonomi yang melanda Malaysia akibat pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, Zainal percaya persefahaman yang dicapai antara Perdana Menteri dan pemimpin pembangkang itu tidak akan membabitkan penyertaan Ahli Parlimen dalam Kabinet yang sedang dibentuk oleh Ismail Sabri sekarang.

“Semua pihak sepatutnya menyambut baik kerjasama melangkaui sempadan politik yang cuba dijalinkan oleh Perdana Menteri terutama dengan terlibat dalam jawatankuasa bagi menambah baik sistem Parlimen, menangani bencana COVID-19 dan pemulihan ekonomi negara.

“Ini adalah satu langkah baik kerana sekurang-kurangnya semua pemimpin politik tanahair dapat terlibat secara langsung sebagai satu gerakan nasional semasa negara dalam menghadapi keadaan sukar akibat pendemik serta kejatuhan ekonomi sekarang,” katanya ketika dihubungi wartawan PNBBC di sini hari ini.

Profesor Emeritus Datuk Dr Zainal Kling

Mengulas lanjut, beliau berkata semua pemimpin politik hari memahami bahawa Malaysia sekarang menghadapi masalah yang amat kritikal akibat penularan pandemik COVID-19 dan kemerosotan ekonomi global.

Justeru itu, semua pemimpin politik sama ada blok penyokong kerajaan dan pembangkang wajar menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri yang baharu sahaja dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen menerusi akuan bersumpah (SD),ujarnya.

Manakala, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian ketika dihubungi Berita Harian pula berkata, pertemuan pembangkang dan kerajaan dalam merencana agenda negara dilihat sebagai isyarat untuk Malaysia mengorak langkah ke arah politik matang.

Beliau berkata kerjasama membabitkan segenap pihak ketika ini perlu memandangkan Malaysia mesti bangkit daripada krisis ekonomi, politik dan kesihatan awam kesan pandemik COVID-19.

“Ini langkah bijak daripada Perdana Menteri untuk tidak meminggirkan pembangkang dalam merangka hala tuju negara dan dasar berkaitan.

“Ia isyarat jelas ke arah gencatan politik di sebalik segala polemik yang berlaku sebelum ini, malah Perdana Menteri juga menunjukkan rasa hormat beliau kepada jumlah perwakilan pembangkang dalam Dewan Rakyat yang hampir menyamai blok kerajaan.

“Justeru, jika tumpuan ini diberikan sepenuhnya kepada agenda rakyat, saya tidak lihat sebarang kepincangan yang boleh menjadi kekangan untuk Malaysia bangkit semula daripada kesan pandemik COVID-19.

“Sokongan padu, tanpa mengira ideologi politik ini memang bertepatan pada masanya, kerana rakyat pun sudah muak dengan pertelagahan bertali arus yang hanya akan merugikan semua pihak,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.