25 OGOS: Seorang pelancong Amerika Syarikat secara tidak sengaja terambil pingat emas Sukan Olimpik milik seorang atlet di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, minggu lalu.
Perkara itu didedahkan Mark Ernst memuat naik rakaman video itu dalam TikTok miliknya semasa mengambil bagasi penumpang di kaunter pengambilan barangan di lapangan terbang itu.
“Saya baru pulang dari lapangan terbang dan mula menyedari terambil bagasi yang salah.
“Saya tidak berniat mengambil beg itu langsung dan atlet itu mungkin terambil beg pakaian saya. Saya masih terkejut dengan kejadian ini dan tidak mahu dituduh mencuri,” katanya.
Beg pakaian berwarna hitam itu tertera jenama Kirkland dan mempunyai tanda nama berwarna hijau dengan jenama papan luncur salji 686 dengan kemungkinan pemilik pingat itu merupakan atlet papan selaju.
Selain pingat, beg itu turut mengandungi sepasang kasut sukan berwarna putih dan biru serta pakaian lelaki.
Lelaki itu cuba menghubungi beberapa atlet, namun, usahanya gagal.
Dia juga memaklumkan perkara itu kepada pihak lapangan terbang, namun, selepas lima hari memuat naik video tersebut, dia belum berjaya menyerahkan pingat emas itu kepada atlet sebenar.