26 OGOS : Keadaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Seri Lajim Ukin dilaporkan dalam keadaan stabil setelah ditidurkan petang semalam akibat jangkitan COVID-19.
Lajim yang juga Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dimasukkan ke Hospital KPJ Sabah sejak 13 Ogos lalu.
Menurut ahli keluarga pemimpin BERSATU itu, Lajim sebelum ini mempunyai masalah berkaitan jantung, gangguan buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi, namun semuanya dalam situasi terkawal,” katanya.
Terdahulu, tular mesej mengatakan keadaan bekas Ahli Parlimen Beaufort itu sudah stabil dengan bantuan pernafasan, selain tekanan darah dan oksigen dalam keadaan normal.
Dalam mesej sama turut meminta semua pihak meneruskan doa untuk kesembuhan Lajim.