27 OGOS: Kerajaan akan memperkasa Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dalam mendidik Keluarga Malaysia untuk hidup bersama virus COVID-19.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata tindakan itu perlu kerana berdasarkan ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kita akan hidup bersama COVID-19 sebagai pendemik, yang bersifat kekal dan menjadi sebahagian
daripada kehidupan manusia.
Malah, Ismail berkata dunia mencatatkan kemunculan Variant of Concern (VOC) yang lebih agresif dan rekod di seluruh dunia menunjukkan mereka yang telah divaksinasi masih boleh dijangkiti COVID19.
“Oleh itu, kerajaan akan memperkasa ANMS dalam mendidik Keluarga Malaysia untuk hidup bersama virus ini. Kita perlu terus mengawal segala risiko COVID-19 dan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian.
“Kita perlu terus mengawal segala risiko COVID-19 dan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian,” katanya dalam ucapan sempena pengumuman nama anggota Kabinet baharu hari ini.