27 OGOS: Datuk Seri Hishammuddin Hussein berbangga dan berbesar hati diberi peluang untuk kembali menerajui Kementerian Pertahanan.
“Kepercayaan Perdana Menteri untuk saya kembali menerajui Kementerian Pertahanan amat saya hargai.
“Saya sentiasa bangga dan berbesar hati untuk berkhidmat demi warga ATM (Angkatan Tentera Malaysia) yang sangat besar jasanya kepada negara.
“Insya-Allah will do my utmost best. Saya akan pukul amanah ini sebaiknya,” katanya dalam caipan di Twitternya sebentar tadi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan senarai Kabinetnya hari ini dan Ahli Parlimen Sembrong itu akan dibantu Timbalannya, Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz.
Hishammuddin Hussein sebelum ini adalah Menteri Kanan yang turut mengetuai Kluster Keselamatan dan Luar Negeri.