28 OGOS : Agensi Perisikan Amerika Syarikat bersepakat bahawa virus COVID-19 bukan virus yang disebabkan oleh senjata biologi, namun tidak mencapai kata sepakat berhubung asal usul patogen itu.
Bagaimanapun, Majlis Perisikan Nasional bersama empat agensi menyokong penjelasan bahawa virus tersebut mungkin tercetus daripada pendedahan semulajadi kepada haiwan.
Menurut rumusan sebuah laporan, kebanyakan agensi AS juga menilai dengan ‘keyakinan rendah’ bahawa virus itu tidak diubah suai secara genetik.
Berhubung teori kebocoran makmal di Wuhan, tiga agensi gagal membuat sebarang rumusan berhubung perkara itu namun sebuah agensi menyokong teori tersebut.