29 OGOS: Seorang bekas juruterbang sebuah syarikat penerbangan tambang murah di Britain yang dibuang kerja tahun lalu menembus kekecewaan tersebut apabila memperoleh pendapatan lebih lumayan dengan menjadi pemandu lori.
Aaron Leventhal, 37, kehilangan kerja sebagai juruterbang berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara itu.
Sebelum ini, dia mendapat gaji sebanyak £30,000 (RM173,232) setahun ketika menjadi juruterbang pesawat tambang murah dan kini memperoleh pendapatan sebanyak £40,000 (RM230,976 ) setahun sebagai pemandu lori walaupun tidak sepenuh masa.
“Tapi sekarang, saya sudah boleh tarik nafas lega kerana kerja yang saya lakukan ketika ini adalah membantu negara dan masyarakat,” ujarnya.
Peluang kerjaya baharu itu diperolehnya ekoran Britain sebelum ini berdepan kekurangan kira-kira 100,000 pemandu lori berikutan pandemik COVID-19.
Keadaan itu menjejaskan penghantaran barangan di semua pasar raya di seluruh negara.
Bapa kepada seorang anak dari Loughor, Swansea, Wales itu mendapat lesen memandu kenderaan berat ketika dia bertugas sebagai anggota tentera Britain.
Leventhal kemudian menjadi juruterbang selama 10 tahun sebelum diberhentikan.
Dia kemudian beralih menjadi pemandu lori berat secara sambilan dengan menghantar barangan ke pasar raya.