nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM sanjung tinggi jasa, pengorbanan pejuang kemerdekaan

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri hari ini menzahirkan penghargaan kepada pejuang kemerdekaan yang menumpahkan air mata, keringat dan darah serta nyawa demi membebaskan Malaysia daripada penjajahan, sejak zaman kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Ismail Sabri berkata dalam mempertahan dan memperjuangkan kemerdekaan negara ini, ia telah menumpahkan air mata, keringat dan darah pejuang yang bukan sedikit bermula sejak zaman keruntuhan Kerajaan Melaka di tangan kekuasaan Portugis pada tahun 1511.

“Sejak itu, peta pemerintahan dan kekuasaan kita mula dirobek oleh penjajah Barat. Ratusan perjuangan yang ditandai peperangan, perundingan, dan pengorbanan telah memakan masa selama 446 tahun. Ia terpaksa dihadapi demi mengembalikan semula kemerdekaan tanah air ini.

“Sepanjang tempoh lebih empat abad itu, tidak terhitung banyaknya nyawa yang terkorban dan tidak terkira nilai kerugian harta benda. Namun, semangat perjuangan yang tumbuh daripada anak-anak bumi bertuah ini tidak pernah patah atau luntur. Malah, ia sentiasa bercambah dan semakin kukuh sepertimana yang kita warisi kini.

“Antara tokoh besar yang perlu diingati oleh generasi sekarang ialah Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau, Dato’ Naning, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Datu Mat Salleh, Rosli Dhoby dan lain-lain.

“Perjuangan menuntut kemerdekaan selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, telah menyatukan seluruh kepimpinan tanpa mengira garis politik dalam menolak gagasan Malayan Union. Inilah sebenarnya semangat dan perjuangan yang telah wujud sejak dulu lagi, dengan matlamat mencapai kemerdekaan tanah air,” katanya dalam perutusan khas sempena sambutan Hari Kebangsaan sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata nilai kemerdekaan negara ini terus dipelihara oleh kesemua Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Bukan sedikit pahlawan negara yang gugur dan terkorban dalam mencapai dan mempertahankan kemerdekaan negara ini. Negara berterima kasih kepada perjuangan dan pengorbanan seluruh yang terlibat terutama anggota keselamatan, tentera dan polis sejak dahulu sehingga kini.

“Saya perlu menyebut beberapa fakta sejarah tadi kerana, setiap negara yang mahu bangkit daripada sebarang kemelut perlu mengenali sejarah. Individu yang mengenali sejarah akan memiliki jati diri yang kukuh dan saling menghormati.

“Yang paling utama ialah, mereka akan memiliki fikiran yang fokus dalam mengatasi apa pun cabaran sebagai sebuah keluarga besar, Keluarga Malaysia,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.