nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Singapura benar jururawat pakai tudung

30 OGOS: Jururawat beragama Islam dalam sektor kesihatan awam di Singapura akan dibenarkan memakai tudung ketika menyarung seragam bermula November depan.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ketika mengumumkannya semalam berharap ia akan diterima semua pihak dengan semangat yang betul, dalam usaha memperkukuh iltizam dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di Singapura.

“Kami membuat penyesuaian dengan berhati-hati demi memastikan keharmonian kaum dan agama. Pendekatan seperti ini telah membuahkan hasil sejak bertahun-tahun.

“Dan kita harus meraikan apa yang telah dicapai: negara yang benar-benar berbilang kaum, berbilang agama dengan kita dapat menyaksikan banyak interaksi mesra dan akrab dipaparkan setiap hari,” kata Hsien Loong ketika berucap sempena Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR) 2021.

Pada tahun 2014, Hsien Loong berkata, terdapat perbincangan hangat mengenai isu tudung dan mesyuarat tertutup dengan pemimpin Islam juga telah diadakan.

“Kami berbincang dari hati ke hati. Mereka menjelaskan kepada saya mengapa pemakaian tudung penting dan mereka berharap kerajaan akan membenarkan.

“Saya beritahu mereka bahawa saya amat memahami, tetapi saya juga menjelaskan perspektif kerajaan dan alasan di sebalik dasar kami,” kata Hsien Loong.

Namun, disebabkan beberapa alasan yang kukuh, Hsien Loong berkata, untuk Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Home Team dan perkhidmatan beruniform yang lain, kerajaan perlu mengekalkan status quo.

“Mereka menegakkan undang-undang Singapura. Mereka mesti selalu dilihat menjalankan tugas mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih.

“Sebab itu mereka semua memakai seragam yang sama,” katanya.

Bagi jururawat di hospital, Hsien Loong berkata ‘di sini, percanggahan pendapat cuba diseimbangkan’.

“Satu pihak adalah kemahuan rakyat manakala kerajaan di satu lagi sudut, memikirkan aspek kebangsaan dan perkara spesifik.

“Pesakit di hospital pula sering resah dan adakalanya tenat. Jadi penting mereka melihat semua jururawat dalam keadaan sama. Pada satu lagi aspek pula, jururawat juga perlu berasa selesa untuk menjaga semua pesakit, tidak kira agama atau kaum.

“Kami tidak mahu perbezaan ketara dalam isu pakaian seragam jururawat menjadikan perkara ini sukar ditangani,” kata Hsien Loong.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah pun memberitahu pemimpin Islam pada tahun 2014 bahawa dasar kerajaan dalam sektor penjagaan kesihatan tidak bermakna ia tidak boleh diubah.

“Kami memantau keadaan. Jika dan bila kita mahu mengubah pendirian, kami pasti akan terlebih dulu memastikan semua – Islam dan bukan Islam – faham serta dapat menerima perubahan itu. Kerana bertudung bukan saja isu membabitkan orang Islam. Ia isu negara,” katanya.

Sejak itu, Hsien Loong berkata, kerajaan sentiasa memantau rapat keadaan berkenaan.

“Kami memantau secara menyeluruh dan mendapati interaksi antara kaum kekal mesra. Bukan Islam semakin terbiasa dan dapat menerima wanita Islam memakai tudung.

“Dalam banyak keadaan juga wanita Islam yang bertudung kebanyakannya selesa bersosial dengan lelaki dan wanita bukan Islam. Terutamanya di hospital, sesetengah staf yang tidak berseragam, memakai tudung dan kami melihat hubungan mereka dengan pesakit serta rakan, begitu baik,” katanya.

Hsien Loong berkata, lagi pun generasi muda Singapura kini sudah lebih menerima perbezaan agama dan kaum.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.