TMJ Akan Hubungi KJ Berhubung Kekurangan Vaksin Di Johor
30 OGOS : Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibrahim akan berhubung dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung kekurangan vaksin dan laporan tentang pembatalan temu janji vaksinasi.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas tular kenyataan seorang lelaki bernama Muhammad Shafiq Mohd Shafiai yang berang apabila temu janji vaksinasi suntikan COVID-19 dos pertamanya dibatalkan.
Lelaki tersebut berkata, temuj janji yang diterimanya semalam dibatalkan dengan alasan kehabisan dos.
Dalam tulisannya itu, lelaki berkenaan memaklumkan pemberian suntikan vaksin hanya dilakukan untuk individu yang menerima dos ke sua sahaja.
Difahamkan kejadian berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Educity Sports Complex, Nusa Jaya di sini semalam kira-kira 2.30 petang.
Sementara itu, Tunku Ismail juga menitahkan Menteri Besar Johor,Datuk Hasni Mohammad, Setiausaha Kerajaan,Datuk Azmi Rohani dan Pengarah Kesihatan,Datuk Dr Rabu Aman agar mengadap baginda hari ini.
“Saya juga akan bangkitkan mengenai isu PPV Educity dan program vaksinasi untuk pekerja-pekerja kilang pada mesyuarat esok,” titahnya