30 OGOS : Bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai disahkan meninggal dunia pada jam 6 pagi, hari ini akibat COVID-19.
Pemergian Allahyarham yang juga merupakan Ketua Menteri Sabah ke 8 itu disahkan anak ketiganya, Datuk Seri Nasir Sakaran.
Nasir berkata, jenazah Allahyarham bapanya akan diuruskan di Masjid Negeri dan akan dimakamkan di Makam Pahlawan.
Allahyarham sebelum ini dilaporkan dimasukkan ke sebuah hospital swasta, sejak 18 Ogos lalu selepas dijangkiti COVID-19.