31 OGOS: Penularan COVID-19 di negara ini meningkat semula di paras 20,000 kes iaitu sebanyak 20,897 kes positif baharu COVID-19 dicatatkan, hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 1,746,254 kes.
Menurut beliau, Selangor kekal menjadi negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi dengan 4,371 kes iaitu meningkat berbanding 3,567 kes, semalam.
“Ia disusuli dengan Negeri Sabah (2,594), Sarawak (2,285), Johor (2,159), Kedah (1,942), Pulau Pinang (1,732), Kelantan (1,479), Perak (1,204), Kuala Lumpur (1,003).
“Selain itu, Pahang merekodkan 798 kes, Terengganu (608), Melaka (417), Negeri Sembilan (215), Perlis (64) dan Putrajaya (25).
“Labuan pula merekodkan kes terendah hari ini iaitu hanya satu kes baharu,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.