nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiada Kompromi Buat Ajaran Sesat

31 OGOS : Pihak berkuasa agama di negara ini tidak akan berkompromi sama sekali dalam menangani sebarang ajaran sesat yang berisiko mengancam keselamatan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama, Senator Idris Ahmad berkata, isu ajaran sesat memang sudah ada dalam seksyen tertentu dan penyelidikan dibuat untuk menanganinya.

“Saya pasti perkara berkaitan ajaran sesat, kita tidak akan kompromi. Kita kena selamatkan akidah orang. Pendekatan kita adalah untuk kita nak selamatkan pengikut ajaran sesat, kaunseling mereka.

“Berikan pendidikan kepada mereka. Kita sayang mereka, mungkin yang terlibat adalah saudara kita. Mungkin abang kita, adik kita. Pendekatan betul perlu dilakukan,” katanya ketika ditemui pada Program Semarak Merdeka Sumbangan Bakul Makanan, Daging Lembu dan Dapur It’am Merdeka Putrajaya 2021 di Masjid Mahmoodiah, Presint 18, di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas doktrin fahaman ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) dibawa seorang wanita dan menarik ribuan pengikut orang awam termasuk pegawai kerajaan.

Ditanya kemungkinan pihak berkuasa akan melakukan serbuan atau memanggil pengasas ajaran itu, Idris menegaskan, tindakan tersebut akan dilakukan.

“Itu Insya-Allah. Kalau perkara sebegini, nanti kita serahkan kepada pihak berkuasa. Kalau membabitkan negeri, pihak berkuasa agama akan ambil tindakan.

“Jika berlaku di Wilayah Persekutuan, kita akan bertindak. Bidang agama adalah kuasa kerajaan negeri masing-masing,” katanya. 

Terdahulu, menggunakan gelaran Sittah Annur, wanita berusia 39 tahun itu mendakwa, kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah dan memimpin pasukannya bagi mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh.

Sittah Annur,pemimpin ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) mendakwa peperangan dunia ketiga akan terjadi di Sabah

Individu berasal dari Kelantan dan menetap di Shah Alam itu dikesan sejak enam bulan lalu menggunakan media sosial seperti Facebook (FB), YouTube dan Telegram untuk berkongsi pelbagai dakwaan dan ramalan pelik.

Selain bercerita mengenai peperangan itu, Sittah Annur turut mendakwa dirinya beryaqazah dengan malaikat dan bertemu secara jaga (sedar) dengan Nabi Muhammad SAW serta merangka pelan keluar bersama pengikutnya jika peperangan berlaku.

Sumber keselamatan sebelum ini mendedahkan, kumpulan PMYT pimpinan wanita itu kini diikuti sehingga 3,000 pengikut dan dikesan telah mewujudkan 22 kumpulan Telegram di seluruh negara dan pengikutnya kini kian bertambah saban hari.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.