1 SEPT: Kes jangkitan COVID-19 di negara ini kembali merekodkan penurunan iaitu 18,762 kes positif baharu dicatatkan, hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 1,765,016 kes.
Menurut beliau, Selangor kekal menjadi negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi namun jumlahnya menurun kepada 3, 711 kes berbanding 4,371 semalam.
“Kuala Lumpur turut mencatatkan penurunan iaitu 573 kes berbanding semalam 1,003 kes. Selain itu, Sabah (2,430), Johor (1,993), Perak (899), Pahang (715), Terengganu (506), Melaka (309) dan Perlis (33) turut mencatatkan penurunan.
“Hanya lapan negeri yang mencatatkan peningkatan kes iaitu Sarawak (2,414), Pulau Pinang (1,762), Kedah (1,585), Kelantan (1,504), Negeri Sembilan (291), Putrajaya (34), dan Labuan (3),” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.