nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agong, Permaisuri tetap bangga pencapaian Ziyad

1 SEPT: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, tetap berbangga dengan pencapaian Muhammad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 biarpun pingat emas dimenangi atlet lontar peluru itu ditarik balik.

Malah, Seri Paduka berdua juga menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian cemerlang Ziyad memecah rekod dunia miliknya sendiri dengan lontaran sejauh 17.94 meter walaupun keputusan jawatankuasa rayuan tidak memihak kepada atlet itu.

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar Muhammad Ziyad Zolkefli bersabar dengan ujian dihadapi dan tidak berpatah semangat serta berputus asa dengan isu pembatalan kemenangan beliau.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar beliau terus berusaha serta kekal fokus untuk memburu kejayaan di kejohanan-kejohanan mendatang.

“Ziyad telah memberi yang terbaik untuk diri beliau dan juga negara dan berharap semangat yang ditunjukkan oleh atlet berkenaan dapat dijadikan teladan kepada seluruh rakyat Malaysia,” titah baginda berdua menerusi satu hantaran menerusi Facebook Istana Negara hari ini.

Berikutan itu baginda berdua menyeru kepada pihak berkaitan memperhalusi sebab pembatalan kemenangan Ziyad itu agar ia tidak berulang di masa hadapan.

Semalam, arena sukan dunia digemparkan dengan insiden mengejutkan di Tokyo selepas Muhammad Ziyad dinafikan sebagai pemenang pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 dengan catatan lontaran sejauh 17.94 meter (m) yang merupakan rekod dunia baharu.

Beliau telah diklasifikasikan sebagai Did Not Start (DNS) atau tidak memulakan saingan susulan protes dilakukan terhadapnya oleh pasukan Ukraine yang mendakwa jaguh lempar peluru itu lewat melapor diri di bilik menunggu sebelum pertandingan berlangsung.

Kontroversi melanda hari ketujuh temasya berprestij itu menyaksikan atlet Ukraine, Maksym Koval diumum sebagai pemenang emas dengan lontaran 17.34m sekali gus memecahkan rekod dunia milik Ziyad iaitu 17.29m yang dilakukan di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.

Pingat perak juga milik atlet Ukraine, Oleksandr Yarovyi dengan catatan lontaran 17.30m manakala gangsa milik Efstratios Nikolaidis dari Greece (15.93m).

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, memandang serius insiden yang menimpa Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Ahmad Faizal juga meluahkan kekecewaan dengan tata cara Jawatankuasa Penganjur khususnya Olahraga Para Dunia (WPA) dan Majlis Paralimpik Antarabangsa (IPC) dalam mempertimbangkan kes berkenaan.

“IPC tidak memberi pertimbangan sewajarnya jika benar Ziyad dan dua lagi atlet dari Ecuador dan Australia lewat memasuki bilik menunggu (call room).

“Apatah lagi atlet itu sudah bersedia menunggu selama lima tahun tetapi harapan dan semangat paralimpik mereka dimusnahkan kerana kelewatan tidak sampai pun lima minit sahaja.

“Bukan kepada seorang sahaja atlet tetapi membabitkan tiga atlet dari tiga negara dan ini adalah sesuatu yang amat mendukacitakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.