nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BKC ringankan kos sara hidup golongan miskin tegar

1 SEPT: Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, bahawa bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibayar secara berperingkat mulai 6 September ini akan meringankan beban perbelanjaan kos sara hidup rakyat terutama kelompok miskin tegar.  

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata beliau memang mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri, berkaitan pembayaran Fasa 1 dan 2 BKR berjumlah RM3.1 bilion secara berperingkat itu yang disifatkan sebagai tanda keprihatinan kerajaan pimpinan Ismail Sabri kepada masalah sedang dihadapi rakyat.

“Pembayaran dua fasa membabitkan golongan iaitu Miskin Tegar, B40 dan M40 serta bujang itu juga mencerminkan kecaknaan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia terhadap rakyat berpendapatan rendah dan juga selaras dengan konsep kita sebagai sebuah Keluarga Malaysia.

“Berdasarkan angka penduduk luar bandar yang berjumlah 7.61 juta orang yang mana sebahagiannya juga merupakan tergolong dalam kelompok Miskin Tegar, B40 dan M40, penyaluran BKC dilihat sebagai tepat pada masanya dalam usaha kerajaan meringankan beban golongan terbabit yang terkesan dengan wabak pandemik COVID-19,” katanya.

Mahdzir berkata demikian pada sidang media selepas majlis serah terima tugas antara beliau selaku Menteri Pembangunan Luar Bandar baharu dan bekas menteri berkenaan iaitu Datuk Dr Abd Latiff Ahmad yang kini dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Tugas-Tugas Khas)  di bangunan KPLB Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata pembayaran BKC berkenaan menunjukkan bahawa kerajaan menunaikan janjinya sebelum ini yang diumumkan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Justeru, beliau berharap pembayaran bantuan tersebut, akan dapat melegakan dan sedikit sebanyak meringankan beban perbelanjaan dan kos sara hidup golongan penerimanya.

Terdahulu, Ismail Sabri memberi jaminan bahawa proses pembayaran BKC Fasa I yang sepatutnya disalurkan Ogos lalu, akan mula diterima pemohon yang layak pada 6 September ini.

Ismail Sabri berkata, pembayaran itu akan dilakukan secara berperingkat dan dijangka selesai sepenuhnya pada 10 September.

Perdana Menteri berkata beliau mengambil maklum isu kelewatan bayaran bantuan BKC dan saya sudah mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan bayaran kepada penerima.

“Bantuan ini sangat penting kerana ia akan memberi manfaat kepada 10 juta penerima yang terdiri daripada golongan miskin tegar serta pemohon dari kategori B40 dan M40 yang turut terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Dana bagi pengagihan BKC ini sudah diluluskan hari ini dan disalurkan kepada institusi perbankan berkaitan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.