nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tengku Zafrul sedia sahut cabaran KPI 100 hari

1 SEPT: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, sedia menyahut cabaran untuk memenuhi Indeks Prestasi Utama (KPI) ditetapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa 100 hari.

Tengku Zafrul menegaskan Kementerian Kewangan (MOF) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri menetapkan KPI perlu dicapai setiap anggota Kabinet dalam tempoh 100 hari.

Beliau berkata, langkah berkenaan memboleh anggota Kabinet dan rakyat mengukur pencapaian kerajaan hari ini bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan untuk penambahbaikan.

“MOF sememangnya sentiasa memantau perbelanjaan di bawah Belanjawan 2021 dan pakej rangsangan ekonomi menerusi agensi LAKSANA.

“Fokus utama MOF adalah masih tertumpu kepada kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.

“Justeru MOF akan pastikan penyaluran manfaat seperti Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa I, bantuan kehilangan pekerjaan, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan program subsidi upah bagi sektor terkesan diteruskan,” katanya dalam sidang media sempena pembentangan laporan mingguan LAKSANA ke-66 secara maya hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata selaras dengan pengumuman dibuat Perdana Menteri ini MOF akan membuat bayaran bantuan BKC secara berperingkat mulai 6 September ini bagi golongan berpendapatan rendah (B40) dan 9 September kepada golongan berpendapatan sederhana (M40).

Beliau berkata bayaran berkenaan akan membabitkan peruntukan keseluruhan RM3.1 bilion dan bakal memberi manfaat kepada 4.4 juta isi rumah, 1.1 juta individuu warga emas bujang atau pun tiada pasangan atau 4.5 juta individu bujang .

Tengku Zafrul berkata secara keseluruhannya bantuan ini akan memanfaat 10 juta isi rumah individu warga emas atau bujang dengan RM4.6 bilion.

“Bayaran BKC ini dijadual akan dibayar pada September, November dan Disember 2021. Bukan itu sahaja berita baik untuk rakyat malah program jaringan prihatin kini dilanjutkan kepada 30 September sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021,” katanya.

Beliau berkata Program Jaringan Prihatin pada asalnya diumumkan dalam belanjawan 2021 dengan peruntukan RM1.1 billion untuk membantu golongan B40 dengan menyedia subsidi bagi langganan telekomunikasi atau pemberian peranti mudah alih namun ia ditambah baik dengan penambahan RM500 juta di bawah Pakej Bantuan Pemerkasa menjadikan nilai program ini RM2 bilion ringgit.

“Syarikat telekomunikasi juga akan menawarkan faedah tambahan terutama data percuma bernilai RM1 bilion. Ini menjadikan faedah program ini bernilai RM3.5 bilion.

“Secara amnya semua warga malaysia yang layak menerima bantuan prihatin rakyat juga layak menyertai Program Jaringan Prihatian dan layak mendapat pelan data bulanan atau subsidi membeli peranti mudah alih. Malah, sehingga 20 Ogos subsidi bernilai RM412.6 juta telah berjaya dimanfaat oleh 3.1 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sudah berbuat demikian,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.