2 SEPT: Mesyuarat Kabinet semalam bersetuju menyambung kontrak pelantikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan berkata mesyuarat berkenaan juga bersetuju menyambung kontrak Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Seng sebagai Duta Khas ke China, manakala Ahli Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot kekal sebagai Duta Khas ke Asia Timur.
“Mesyuarat kabinet pertama yang berlangsung pada 1 September 2021 telah bersetuju untuk terus menyambung pelantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Asia Tengah; Datuk Seri Tiong King Seng sebagai Duta Khas ke China dan Datuk Seri Richard Riot sebagai Duta Khas ke Asia Timur,” kata PMO dalam satu kenyataan ringkas hari ini.