3 SEPT : Angka jangkitan baharu COVID-19 kembali merekodkan kes di bawah paras 20,000 selepas mencatatkan 19,378 kes berbanding 20,988, semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti kini mencecah 1,805,382 kes.
Menurut beliau, lapan negeri melaporkan pertambahan kes COVID-19 kepada empat angka dan paling tinggi dilaporkan di Selangor dengan 3,613 kes baharu.
“Selain itu Sarawak mencatat sebanyak 2,464 kes baharu, Sabah (2,404), Johor (2,331), Pulau Pinang (1,726), Kedah (1,470), Perak (1,389) dan Kelantan (1,356).
“Dalam pada itu, Kuala Lumpur mencatat 740 kes, Pahang (559), Terengganu (532), Melaka (399), Negeri Sembilan (270), Perlis (80), Putrajaya (41) dan Labuan (empat),” katanya menerusi Facebook miliknya, hari ini.