3 SEPT : Seramai 14 orang terbunuh semalam selepas sebuah bas mini terjunam ke dalam gaung di kawasan pergunungan di barat Iran.
Kenderaan berkenaan dilaporkan sedang dalam perjalanan dari Marivan ke Kamyaran di kawasan bergunung di wilayah Kurdistan.
Difahamkan, bas mini itu terbabas akibat kecuaian pemandu dan setakat ini 14 disahkan maut dan lapan cedera termasuk dua dalam keadaan kritikal.
Rangkaian jalan di Iran secara umumnya adalah baik tetapi ia adalah antara negara yang mencatatkan kadar kemalangan jalan raya yang tertinggi di dunia.
Kebanyakan kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu dan penggunaan kenderaan yang tidak selamat berikutan sekatan ekonomi olah Amerika Syarikat (AS).