nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Individu lengkap vaksin boleh ke kaunter JPJ secara terus

3 SEPT : Pengoperasian semua kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta rakan strategik JPJ termasuk Puspakom akan dijalankan dengan kapasiti 100 peratus secara walk-in mulai 6 September ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, ia bertujuan bagi memastikan orang ramai dapat melaksanakan urusan dengan lancar dalam tempoh pelanjutan yang dibenarkan. 

Justeru, beliau menegaskan pelanggan yang ingin berurusan di kaunter JPJ haruslah mendapatkan vaksinasi lengkap sebagai langkah berjaga-jaga yang diperlukan

“Ini bagi menjaga kesihatan dan keselamatan orang ramai termasuk kakitangan yang bertugas. Pada masa yang sama, pelawat juga perlu menunjukkan status Risiko Rendah COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera.

“Mulai 6 September 2021 juga, JPJ akan menghentikan sistem janji temu dalam talian untuk memberi sokongan kepada pelanggan yang menerima vaksinasi lengkap untuk berurusan di kaunter JPJ,” katanya dalam satu sidang media yang disiarkan di Facebook miliknya, hari ini.

Datuk Seri Wee Ka Siong

Dalam pada itu, Ka Siong turut memaklumkan pemegang Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) memberikan pelanjutan sehingga 31 Disember ini bagi memperbaharui lesen mereka. 

Beliau berkata, pemilik yang telah tamat tempoh lesennya sebelum tarikh tersebut tidak akan dikenakan tindakan namun perlu memastikan kenderaan masing-masing dilindungi insurans yang sah. 

“Dalam masa sama, orang ramai digalakkan menggunakan perkhidmatan dalam talian menerusi portal mySIKAP JPJ (https://public.jpj.gov.my), atau melalui portal dalam talian rakan-rakan strategik JPJ yang lain seperti Pos Malaysia Berhad, MyEG dan PUSPAKOM, untuk membuat apa-apa transaksi JPJ yang berkaitan. 

“Ini bertujuan mengelakkan kesesakan di kaunter JPJ serta memberi kemudahan dan kesenangan kepada orang ramai dalam membuat transaksi pembaharuan LKM dan LMM,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.