3 SEPT: Ketua politik Taliban, Abdul Ghani Baradar dijangka mengetuai kerajaan Afghanistan yang baharu, lapor Sputnik.
Reuters melaporkan hari ini, dengan memetik sumber-sumber dalaman Taliban, bahawa Mullah Mohammad Yaqoob, anak lelaki pengasas gerakan Taliban, dan jurucakap Taliban, Sher Mohammad Abbas Stanikzai akan menduduki jawatan kanan dalam kerajaan.
Satu sumber dalaman Taliban memberitahu Sputnik pada 31 Ogos bahawa Abdul Ghani dilantik sebagai menteri luar negeri, sementara Mullah akan menjadi menteri pertahanan.