2 SEPT: Konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mampu memberi tumpuan terhadap kesinambungan politik terutamanya dalam menghadapi cabaran COVID-19.
Justeru, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata pemimpin dan wakil rakyat perlu berusaha dalam memastikan kepada politik negara stabil demi memastikan krisis kesihatan dan ekonomu dapat dipulihkan
“Sepertimana yang kita ketahui, pergolakan politik memberi kesan terhadap ekonomi dan keyakinan pelabur dalam jangka singkat, pertengahan serta jangka panjang.
“Apa lebih penting, kita perlu meraih semula keyakinan rakyat terhadap strategi kerajaan, secara asasnya. Kita perlu bekerjasama sebagai satu keluarga atau Keluarga Malaysia,” katanya pada program temu bual dengan media Singapura, The Straits Times bertajuk “Beyond the Pandemic: Malaysia’s Way Forward,” secara maya, malam tadi.
Pada masa sama, Tengku Zafrul juga optimis bahawa dengan penyertaan ahli politik pembangkang yang bekerjasama untuk menyokong pemulihan negara selain membina masa depan yang lebih berdaya tahan serta mampan untuk semua.
“Bagi kita di Kementerian Kewangan, sepertimana Belanjawan 2021, kita akan turut berunding dengan sebanyak mungkin pihak dalam penyediaan Belanjawan 2022. Malah, kita juga telah pun memulakan usaha libat urus dengan pihak berkepentingan.
“Kita akan melihat bagaimana untuk mendapat maklum balas yang boleh diserapkan dalam belanjawan pemulihan yang berdaya tahan itu.
“Saya optimis laluan selamat bagi Belanjawan 2022 ini dapat diwujudkan dan kerajaan turut diberi ruang dan sokongan mencukupi untuk menempuh semua cabaran dalam jangka singkat dan pertengahan demi pemulihan ekonomi,” katanya.
Dalam pada itu, menyentuh keyakinan pelabur dan Aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI), Tengku Zafrul mengakui aspek itu telah terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 dan turut berkaitan dengan keadaan politik dalam negara.
Walau bagaimanapun, beliau memaklumkan negara telah mencatat aliran masuk pelaburan yang lebih baik, terutamanya membabitkan FDI bagi tempoh separuh pertama 2021 berbanding tempoh sama pada 2020.
“Oleh itu, jika anda teliti kadar vaksinasi Malaysia dan keadaan yang mana lebih banyak sektor ekonomi dibuka semula, kita juga pada masa sama turut menjangkakan peningkatan prospek pelaburan secara umumnya.
“Malaysia juga kekal sebagai destinasi pelaburan pilihan berikutan ekosistem pelaburannya yang maju.
“Selain itu, aspek lain yang tidak kurang pentingnya adalah pelaburan langsung domestik (DDI) yang akan terus kita beri penekanan,” katanya.
Selain itu, Tengku Zafrul turut memberitahu bahawa Malaysia tidak mampu untuk melaksanakan pengurangan cukai korporat yang berada di paras 24 peratus ketika ini melainkan asas-asas cukai dapat diperluas dan negara berupaya mengekalkan trajektori pertumbuhan lebih kukuh berbanding purata,