4 SEPT: Atlet lompat jauh para negara, Abdul Latif Romly menceriakan lagi rakyat Malaysia apabila berjaya meraih pingat emas yang kedua negara hari ini dalam acara lompat jauh lelaki T20 pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Pingat emas ini merupakan yang ketiga buat negara selepas Cheah Liek Hou meraih emas dalam acara badminton sebentar tadi.
Ini juga merupakan pingat Emas kedua Latif di temasya Paralimpik selepas setelah berjaya di Paralimpik Rio 2016.
Atlet kelahiran Perlis berusia 24 tahun itu, mencatatkan lompatan terbaiknya pada lompatan kedua apabila mencatatkan 7.45 meter (m).
Walaupun lompatan keempatnya dibatalkan, Abdul Latif mencatat 7.26 (m) bagi lompatan pertama, 7.45m (lompatan kedua), 7.24m (lompatan ketiga) dan 5.56m (lompatan kelima).