nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perkenalkan Semula Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen – MSM

4 SEPT: Majlis Senator Malaysia (MSM) mengharapkan agar segala usaha untuk memperkenalkan semula Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen di Malaysia dapat diterima baik oleh semua pihak dan berjaya direalisasikan.

Presidennya, Datuk Seri Khairudin Samad berkata, pihaknya menyokong penuh usaha Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengembalikan Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen di Malaysia.

“Ia signifikan untuk memastikan ciri-ciri satu Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen menepati piawaian antarabangsa dan pengalaman di beberapa institusi di negara-negara maju seperti United Kingdom, Australia dan Kanada yang perlu dijadikan panduan. 

“MSM juga menyokong elemen-elemen penting dalam kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan juga REFORM serta BERSIH, antaranya untuk memperkenalkan semula Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen. 

“Ini bagi memberi kebebasan kepada Parlimen serta mengembalikan peruntukan berhubung perkhidmatan Parlimen dalam Perkara 65 Perlembagaan Persekutuan, iaitu sumber kuasa bagi penggubalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Wan Junaidi berhubung Reformasi Parlimen serta Laporan Kajian Penyelidikan Mengembalikan Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen yang diterbitkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dan Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (REFORM) hari ini.

KHAIRUDIN

Dalam pada itu, Khairudin berkata, perkara laporan Kajian Penyelidikan Parlimen yang diterbitkan hari ini oleh BERSIH 2.0 dan REFORM adalah signifikan selari dengan usaha untuk mengembalikan Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen. 

Pada masa sama, beliau memberitahu adalah satu keperluan untuk meminda peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan pelantikan Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat. 

“Ini perlu supaya mereka dilantik oleh sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen yang bebas dan dibentuk di bawah Akta Perkhidmatan Parlimen. Elemen lain ialah memperkenalkan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen untuk menjamin kebebasan perkhidmatan Parlimen dengan ciri-ciri penting. 

“Termasuklah fungsi suruhanjaya yang teras dan jelas dinyatakan dalam akta, keahlian perlu dalam bilangan ganjil dan penubuhan beberapa jabatan di Parlimen. Selain itu, peranan Ketua Pentadbir Parlimen, Setiausaha Dewan dan Setiausaha Jabatan secara jelas dikanunkan dalam akta.

“Nilai-nilai Perkhidmatan Parlimen harus didefinisikan sebagai ‘Nilai Falsafah penting dalam Perkhidmatan Parlimen’ atau Kod Tata Kelakuan, serta menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas bagi Pentadbiran dan Kewangan Parlimen bagi membantu suruhanjaya menjalankan peranannya,” katanya.

Tambah beliau, majlis itu juga menyokong elemen untuk menerapkan model pengurusan perbelanjaan dan penyediaan belanjawan secara kerjasama untuk memastikan autonomi kewangan Parlimen dan mempertimbangkan skim persaraan fleksibel kepada kakitangan perkhidmatan Parlimen yang setaraf dengan skim perkhidmatan awam. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.