4 SEPT: Majlis Keselamatan Negara (MKN), mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kota Kinabalu, Sabah dan dua zon dalam mukim Kuala Kedah.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad, berkata PKPD itu akan berkuat kuasa selama 14 hari bermula Isnin ini.
“Setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19, PKPD akan dilaksanakan sehingga 19 September ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
MKN juga turut mengumumkan PKPD di Penjara Tapah, termasuk kuaters di Batang Padang, Perak, dilanjutkan sehingga 19 September.
Sementara itu, Mohd Rodzi berkata, tujuh lokaliti di Kota Kinabalu ditamatkan esok, lebih awal daripada yang dijadualkan.
“Lokaliti itu ialah Kampung Padas yang dijadualkan tamat pada 6 September manakala enam lagi lokaliti yang sepatutnya dijadualkan tamat Selasa ini namun diawalkan ialah Kampung Cenderamata 2 dan Kampung Cempaka, Kampung Inanam Laut, Kampung Bambangan, Kampung Kelingau, Kampung Lapasan dan Taman Kuala Menggatal.
“Selain itu, tiga lokaliti di Kelantan ialah Kampung Telaga Bata, Kampung Kajang Sebidang dan Kampung Bunut Sarang Burung juga ditamatkan lebih awal sehari daripada dijadualkan Isnin ini,” katanya.
Beliau juga berkata, di Tawau PKPD lokaliti yang dijadulkan tamat esok ialah Taman Semarak Indah, Taman Thien Vun, Taman Victoria, Taman King Fook dan Kampung Batu 4.
“Turut ditamatkan mengikut jadual ialah Kampung Tanjung Kapor, Kudat serta dua lokaliti di Beluran iaitu Kampung Sulit Paitan dan Kampung Matanggal Lama selain PPR Taman Mesra, Sandakan.
“Di Pahang lokaliti yang ditamatkan ialah Kampung Telemin, Mukim Gua, Lipis, Kampung Orang Asli Sungai Bot, Bentong serta Penjara Pokok Sena, Kota Setar, Kedah.
“Selain itu, lokaliti di Perak yang ditamatkan ialah Pelantar Sungai Pinang Kecil,Pulau Pangkor,” katanya.