RAMAI peniaga tempatan mengadu, ada warga asing hari ini yang menyamar sebagai rakyat malaysia dalam menjalankan perniagaan dibawah kempen Wilayah Bebas Berniaga.
Mereka turut mendirikan struktur kekal ditapak perniagaan yang sepatutnya bersifat sementara.
Inisiatif yang pada awalnya dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban warga Wilayah Persekutuan menggalakkan mereka terlibat dalam perniagaan kini terjejas akibat lambakan warga asing yang turut menjalankan perniagaan yang sama.
Ramai dikalangan peniaga warga asing ini juga didapati tidak mengamalkan penjagaan kebersihan dan penjarakan sosial.
Tindakan keras harus diambil oleh DBKL bagi mengelak lambakan peniaga warga asing daripada berluasa. Campur tangan dan pemantauan daripada pihak Jabatan Imigresen dan yang berkaitan juga perlu demi memastikan tiada warga asing lagi yang berniaga tanpa izin didalam bandaraya.
Kita berharap kerjasama diantara agensi penguatkuasa dapat diperkemaskan dan tindakan segera dapat diambil.
Mahathir Hj Mohd Rais
KETUA BERSATU BAHAGIAN SEGAMBUT
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA
4 September 2021