5 SEPT : Angka kes baharu jangkitan COVID-19 hari ini meningkat kembali ke angka 20,000 berbanding 19,057 yang dicatatkan semalam menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini meningkat sebanyak 1,884, 835.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata menerusi hantaran di Facebook rasminya, Selangor kekal penyumbang tertinggi sebanyak 3,886 kes.
“Sarawak pula mencatatkan kes kedua tertinggi iaitu sebanyak 3,747 diikuti oleh Johor sebanyak 2,165 kes dan Sabah sebanyak 2,136 kes positif baharu.
“Empat buah negeri lain iaitu Perak, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang pula mencatat angka kes baharu melebihi 1,000 setakat hari ini,” ujarnya.
Manakala tiga buah negeri pula mencatatkan kes positif baharu terendah iaitu Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak 4 kes, Wilayah Persekutuan Putrajaya sebanyak 25 kes dan Perlis sebanyak 78 kes.