nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Langkah Intervensi Hadapi COVID-19 Di Sabah Dipertingkatkan

6 SEPT: Beberapa langkah intervensi akan mula dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menghadapi trend peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Sabah, termasuklah kesiapsiagaan dari segi kemudahan, bantuan peralatan dan sumber manusia.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, KKM akan menghantar peralatan perubatan tambahan ke Sabah merangkumi silinder oksigen, Oxygen Regulator dan ubat-ubatan COVID-19 yang dijangka tiba pada esok melalui kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

Menurut beliau, kementerian juga akan menyediakan modular ICU dengan kapasiti 10 katil ICU di Hospital Tawau dan dijangka mula beroperasi pada hujung September ini. 

“Bilangan ambulans juga dipertingkatkan melalui kaedah penyewaan sementara menunggu proses perolehan ambulans selesai mengikut tatacara perolehan semasa. Sabah juga akan diberikan tumpuan khas bagi pemberian vaksin COVID-19 menerusi 224 buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV),” katanya. 

Beliau dan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor mempengerusikan bersama Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) Peringkat Negeri Sabah, hari ini. 

Khairy (kanan) dan Hajiji (depan) mempengerusikan bersama Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) Peringkat Negeri Sabah, hari ini. 

Dalam pada itu, Khairy memaklumkan demi meningkatkan aktiviti vaksinasi bagi vaksin CanSino, program jangkau luar di kawasan-kawasan pedalaman dan sukar diakses akan dilaksanakan bermula 27 Ogos depan sehingga hujung September nanti.

“Bagi memastikan penggunaan sumber manusia yang optimum di semua fasiliti kesihatan KKM termasuklah di lapangan, sejumlah 97 daripada 150 pegawai lantikan tetap telah diarahkan melapor diri di Sabah pada 2 Ogos dan 1 September 2021.

“Seramai 50 Pegawai Perubatan tambahan juga akan ditawarkan pelantikan tetap bermula 13 September ini,” katanya.

Sementara itu, Khairy memberitahu kes kematian akibat COVID-19 yang dilaporkan pada masa ini bukan berlaku dalam tempoh 24 jam susulan terdapat banyak kematian tertunggak yang baru disahkan punca kematian.

Beliau berkata, masih terdapat banyak kes kematian tertunggak (backlog) yang baru disahkan sama ada pesakit mati akibat COVID-19 mahupun tidak.

“Maka, kadar kematian ini dijangka kembali menurun setelah laporan kematian akibat backlog ini diselesaikan dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.

“Kadar kematian di Lembah Klang akan mula menunjukkan pengurangan kes bagi tempoh dua hingga tiga minggu lagi sesudah kita selesaikan semua kes backlog. Jadi, kematian yang dilaporkan sekarang ini bukan kematian yang berlaku pada 24 jam yang lepas,” katanya. 

Pada masa sama, Khairy berkata, sebahagian besar kes kematian di luar hospital (BID) yang dilaporkan pada masa ini membabitkan individu yang tidak berada di bawah jagaan KKM dan tidak menjalani ujian saringan COVID-19. 

Maka, usaha memperkasakan komuniti melalui pemimpin masyarakat perlu dilakukan bagi mengingatkan individu yang sakit atau bergejala supaya segera mendapatkan bantuan daripada klinik kesihatan berhampiran sebelum terlambat. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.