7 SEPT : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan beliau telah menerima kunjungan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabatnya hari ini.
Menurut beliau, dalam pertemuan selama sejam itu, pelbagai perkara yang dbincangkan berhubung isu-isu dalam dan luar negara.
“Hari ini saya telah menerima kunjungan daripada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Dalam pertemuan selama sejam ini, kami telah membincangkan tentang cabaran ekonomi dalam dan luar negara termasuk strategi mendepani pandemik COVID-19,” katanya menerusi hantaran terbaharu di Facebook rasmi beliau.
Jelasnya lagi, Najib telah menyatakan komitmennya untuk menyumbangkan tenaga, masa dan idea bersama-sama sebagai satu pasukan Keluarga Malaysia demi memulihkan negara.