7 SEPT: Kes jangkitan harian COVID-19 hari ini merekodkan peningkatan kepada 18,547 kes berbanding 17,352 kes, semalam dengan Sarawak kekal tertinggi iaitu 3,200 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan ini disumbangkan oleh lapan negeri yang mencatatkan peningkatan kepada kes empat angka.
“Untuk hari kedua berturut-turut, Sarawak merekodkan kes harian tertinggi iaitu 3,200 kes hari ini.
“Pertambahan kes ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti COVID-19 di negara ini mencecah 1,880,734 kes,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.
Dalam pada itu, mengulas mengenai pertambahan kes di setiap negeri, Noor Hisham menegaskan, Sarawak yang mencatatkan kes harian tertinggi merekodkan jumlah 3,200 kes namun menunjukkan penurunan berbanding semalam iaitu 3,714 kes.
“Ia disusuli Selangor dengan 2,407 kes, Johor (2,174), Sabah (2,107), Pulau Pinang (1,776), Kedah (1,487, Kelantan (1,458) dan juga Perak (1,197),
“Selain itu, Pahang (742), Terengganu (645), Kuala Lumpur (631), Melaka (448), Negeri Sembilan (229), Putrajaya (22), Perlis (20) dan Labuan (4),” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH