7 SEPT : Wabak Kolera yang melanda Nigeria sejak Januari lalu kini telah meragut 2,141 daripada lebih 65,000 kes di negara itu.
Agensi kesihatan negara itu dalam kemas kini terbaru mengenai wabak itu hari ini, menyatakan sebanyak 65,145 kes disyaki kolera telah dilaporkan dari 23 negeri dan di Wilayah Persekutuan.
Kes baharu wabak tersebut mencecah ke angka melebih 3,000 kes secara mingguan di penghujung bulan Ogos lalu.
Wabak Kolera adalah penyakit yang sangat virulen dan disifatkan paling teruk di mana mereka yang dijangkiti akan mengalami cirit-birit berair akut sehingga boleh mengakibatkan kematian.
Wabak kolera masih melanda Nigeria setiap tahun terutama ketika musim hujan dan kerap berlaku di kawasan padat penduduk dan tidak mempunyai kemudahan sanitasi yang baik serta kekurangan air dan makanan bersih.