nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kelonggaran SOP Industri Kreatif Bukti Kerajaan Prihatin

8 SEPT : Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menzahirkan ucapan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di atas kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 yang memberi kelegaan kepada lebih sejuta penggiat sektor industri kreatif.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, kelonggaran yang diberikan itu merupakan refleksi sebenar keprihatinan Kerajaan melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam memastikan kelangsungan dan kelestarian rakyat. 

Menurut beliau, ini sejajar dengan norma baharu, lebih-lebih lagi di Lembah Klang yang sudah mencapai lebih 80 peratus populasi dewasa yang sudah mempunyai vaksinasi lengkap. 

“Pembukaan semula lapan aktiviti industri kreatif ini mulai 9 September ini jelas disambut baik oleh para artis, penggiat industri dan pekerja belakang tabir yang amat terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Pembukaan beberapa sektor hiburan di dalam fasa peralihan dari pandemik ke endemik adalah satu keperluan, kerana bukan sahaja rakyat memerlukan hiburan sihat supaya tidak terus berada dalam kemurungan tetapi juga kerana sektor kreatif

“Ini adalah antara yang teramat terkesan apabila tidak dapat berfungsi langsung semasa PKP dari tahun lalu lagi. Ini adalah antara sektor ekonomi yang terawal ditutup, namun antara yang terakhir untuk dibuka semula,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini. 

Tan Sri Annuar Musa

Kerajaan akan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi industri kreatif bermula esok untuk memberi kelegaan kepada lebih sejuta penggiat, artis dan pekerja.

Perdana Menteri berkata, kelonggaran itu bakal memberi kelegaan kepada lebih 19,000 syarikat berkaitan industri kreatif dan persetujuan untuk memberi kelonggaran itu adalah tertakluk kepada syarat SOP yang diluluskan oleh MKN.

Tambahnya, kelonggaran itu hanya kepada penggiat, pekerja dan pengguna yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 serta kapasiti ruang premis yang dibenarkan.

Sementara itu, Annuar berkata, dengan pengumuman ini, diharap sektor hiburan dapat bernafas semula dan semua pemegang taruh sektor tersebut dapat menjana semula ekonomi sektor kreatif dalam norma baru.

Meskipun ada perbatasan SOP yang perlu dipatuhi, beliau memberitahu ianya tidak perlu menjadi kekangan untuk sektor ini berkembang dengan lebih maju dengan cara yang lebih kreatif.

“Pencapaian lebih 80 peratus di Lembah Klang telah divaksin telah membolehkan sektor industri kreatif dibuka dan seterusnya memberi peluang kepada penggiat industri untuk kembali aktif berkarya.

“Kerajaan sentiasa komited menyokong pembangunan dan kelangsungan sektor industri kreatif menerusi pelaksanaan beberapa inisiatif penting antaranya ialah Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA), Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) serta Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)

“Ini bertujuan untuk memberi suntikan dan nilai tambah susulan pembukaan semula operasi sektor pada Fasa 1 PPN ini. Sepanjang pandemik, pekerja sektor kreatif yang kebanyakannya bekerja secara kontrak atau freelance didapati amat terkesan sehingga menjadi asnaf dan terpaksa membuat apa sahaja yang boleh demi sesuap nasi, “katanya.

Justeru, Annuar mengharapkan agar kelonggaran ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya dan sentiasalah mematuhi semua garis panduan dan SOP yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.