8 SEPT: Lebih 40 banduan dilaporkan terkorban dalam kejadian kebakaran sebuah penjara di Tangerang di Jawa Timur, Indonesia awal pagi tadi.
Kejadian kebakaran itu berlaku di Lembaga Pemasyarakatan Kelas 1 Tangerang Blok C2 (penjara di Tangerang) yang menempatkan 112 banduan pada jam 1.45 waktu Indonesia Barat.
“Punca kebakaran dipercayai akibat litar pintas,” kata Ketua Lapas (Penjara) Kelas 1 Tangerang, Victor Teguh Prihartono dalam satu kenyataan.
Setakat jam 9 pagi ini, sebanyak 41 banduan yang menjalani hukuman berkaitan dadah disahkan maut.
Pihak bomba, polis dan tentera Indonesia masih melakukan kerja-kerja membawa banduan yang cedera ke hospital dan memindahkan banduan blok lain ke tempat yang selamat.
