nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UMNO serah atas kebijaksanaan PM urus kerajaan

8 SEPT: UMNO menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melantik sesiapa sahaja menjadi anggota Kabinet mahupun penasihat kerajaan termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf Menteri.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti berkenaan telah membuat pendirian menyokong pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Ahmad Zahid berkata ini bermakna UMNO menyerahkan kebijaksanaan kepada beliau sebagai Perdana Menteri dalam membuat keputusan atau kebijakan-kebijakan yang beliau rasakan sesuai dalam mengemudi pentadbiran negara.

“Pendirian parti ini juga boleh ditakwilkan bahawa Perdana Menteri yang mengetuai Kerajaan hari ini mempunyai kuasa-kuasa Perlembagaan dan sehubungan itu, menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan Kerajaan dapat berfungsi dengan baik dan tidak mengulangi kesilapan-kesilapan Kerajaan terdahulu.

“UMNO konsisten dalam pendiriannya. Kita telah pun memberikan sokongan kepada Perdana Menteri dan bagi pihak parti, saya akan memastikan kita akan terus menjadi mata, telinga dan suara rakyat dalam menyentuh soal-soal kesejahteraan mereka dan kemakmuran negara.

Ismail Sabri bertanggungjawab memastikan kerajaan dapat berfungsi dengan baik.

“Inilah semangat dan prinsip demokrasi yang wajar kita suburkan. Kerajaan ada peranan dan tanggungjawabnya dalam memenuhi keperluan rakyat. Parti pula akan terus berperanan sebagai kuasa pengimbang yang sentiasa bergerak senafas dengan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika menjawab pertanyaan dan pelbagai komen dikemukakan orang awam mengenai apakah pendirian UMNO dalam pembentukan Jemaah Menteri dan pelantikan mantan Perdana Menteri sebagai Pengerusi MPN bertaraf Menteri.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata selaku ketua parti, beliau akan terus berusaha memperkasakan UMNO selaras dengan mandat Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan Majlis Kerja Tertinggi.

Beliau berkata fokus UMNO tidak pernah lari daripada untuk terus berusaha memantapkan perjalanan parti khususnya dalam persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Dua mandat besar akar umbi yang diamanahkan kepada saya dan barisan pengemudi parti melalui ketetapan PAU dan MKT termasuklah, pertamanya, kerajaan hari ini hanyalah bersifat sementara selagi mana tidak memiliki mandat mutlak rakyat.

“Justeru sebagaimana diputuskan dalam MKT lepas dan berpedomankan titah saranan Yang di-Pertuan Agong, apabila pandemik COVID-19 mulai berakhir dan setelah imuniti kelompok (herd immunity) dicapai, maka Pilihan Raya Umum Ke-15 perlulah diadakan bagi membolehkan mandat mutlak diperoleh untuk membentuk sebuah Kerajaan yang stabil dan dipilih oleh rakyat.

“Keduanya, kehendak akar umbi yang menghendaki agar kerusi-kerusi tradisi UMNO dan kerusi-kerusi yang dimenangi setelah diamanahkan oleh rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional pada PRU-14 lalu tidak boleh sesekali dikompromikan dan mesti diambil kembali untuk ditandingi,” katanya.

Ahmad Zahid berkata untuk tempoh enam hingga tujuh bulan akan datang sehinggalah pandemik mulai reda, kerajaan dan parti akan saling lengkap-melengkapi dan bergerak seiring dengan memfokuskan peranan masing-masing.

“Kerajaan fokus untuk menyelesaikan masalah rakyat yang amat meruncing ketika ini. Manakala UMNO sebagai parti perlu menjadi suara pengimbang mewakili denyut nadi rakyat selain fokus memperkasa agenda pemantapan parti untuk menghadapi PRU-15 bagi memperoleh kembali kepercayaan dan mandat rakyat.

“Terlalu banyak hikmah Allah takdirkan UMNO hilang kuasa pada PRU lalu untuk kita muhasabahkan. Salah satunya ialah nilai kesetiaan kepada parti yang terlalu besar harganya yang menjadi penentu dan fitrah kelangsungan sebuah perjuangan.

“Kepada Allah jualah kita berserah dan mengharapkan petunjuk demi meneruskan agenda perjuangan untuk membela rakyat dan mensejahterakan negara,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.