341 kes kematian COVID-19 direkodkan hari ini
11 SEPT : Sebanyak 341 kes kematian direkodkan hari ini di mana 102 daripadanya adalah kes kematian melibatkan kategori Brought In Dead (BID).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham berkata, angka kes sembuh pula ebih tinggi daripada kes jangkitan baharu iaitu sebanyak 21,771 kes, dan secara kumulatifnya jumlah kes sembuh kini adalah sebanyak 1,700,733 kes atau 86.7 peratus.
“Kes yang memerlukan rawatan rapi pula adalah sebanyak 1,247 kes ( 936 kes COVID-19; 311 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan) dan daripada jumlah itu, sebanyak 667 kes memerlukan bantuan pernafasan” ujarnya.
Dalam pada itu, KKM juga menurutnya mengesan sebanyak 28 lagi kluster baharu menjadikan jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 5,087 kluster.
“Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 3,641 kluster dan kluster aktif pula adalah sebanyak 1,446 kluster,” ujarnya dalam kenyataan media harian COVID-19 hari ini.
Sementara itu, berkenaan kes positif harian, Dr Noor Hisham memaklumkan daripada 19,550 kes baharu, 265 atau 1.4 peratus adalah terdiri daripada kategori 3, 4 dan 5.
Manakala sebanyak 19, 285 kes atau sebanyak 98.6 peratus ada terdiri daripada kes kategori 1 dan 2, ujarnya lagi.