11 SEPT : Pihak berkuasa Israel mengesahkan berjaya menahan dua daripada enam warga Palestin yang berjaya meloloskan diri daripada penjara keselamatan tinggi, Gilboa semalam.
Dua warga Palestin itu ditahan polis Israel di Nazareth.
Rejim Zionis melancarkan misi memburu enam warga Palestin yang melarikan diri dari penjara menerusi terowong yang dikorek di bawah sinki, Isnin lalu.
Menurut pihak berkuasa Israel, enam individu yang berjaya melarikan diri itu ialah ahli kumpulan bersenjata Palestin yang merancang melancarkan serangan terhadap Israel.
Khamis lalu, Israel mengumumkan siasatan rasmi berhubung kesilapan atau kelalaian sehingga mengakibatkan enam warga Palestin itu berjaya meloloskan diri.
Injuksi Israel menuntut laporan terperinci terhadap siasatan kejadian itu pada ketika media tempatan berusaha menutup kejadian yang memalukan Israel selain menghalang sebarang serangan daripada banduan.