nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan ada layanan kayangan buat individu solat di masjid

11 SEPT : Pihak pengurusan masjid diminta memastikan tidak berlakunya layanan kayangan kepada jemaah yang hadir untuk menunaikan solat fardu atau Jumaat di masjid.

Perkara tersebut ditegaskan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary ketika mengulas isu video tular berkaitan layanan kayangan di Masjid Putra semalam.

Katanya, layanan ‘kayangan’ itu tidak seharusnya berlaku dan pihaknya sedang mengenal pasti lokasi seperti dalam video yang tular di laman sosial semalam.

Video berkenaan memaparkan individu dikatakan kenamaan memasuki masjid tanpa menunggu giliran dan ia mengundang kecaman warga maya yang mempersoal wujudnya dua darjat antara orang kenamaan dan rakyat biasa.

“Kita telah meminta penjelasan daripada pihak masjid khususnya di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan insya-Allah dalam tempoh sehari dua lagi perkara ini kita akan selesaikan.

“Saya sendiri pun sebenarnya apabila ke masjid saya beratur, paling penting yang mahu ke masjid perlu pergi awal dan ambil tempat sesuai,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program pembahagian sumbangan bakul makanan dan wang tunai kepada 25 pengayuh beca menerusi Program Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Peduli: Musaadah YADIM-Bank Islam di Dataran Muhammadi hari ini.

Selain memastikan SOP dipatuhi, Ahmad Marzuk turut mengingatkan pengurusan masjid supaya mempunyai budi bicara dalam menentukan kehadiran jemaah dan tidak hanya melayani kumpulan tertentu.

“Kita sentiasa memperbaharui prosedur operasi standard (SOP) membabitkan kehadiran jemaah di masjid di mana SOP jemaah di masjid sekarang masih lagi terhad iaitu dengan hanya jumlah minimum.

“Kerajaan memandang serius perkara ini dan kita akan sentiasa memperbaharu SOP mengikut kesesuaian yang mana kadar jangkitan wabak COVID-19 juga menjadi antara pertimbangan untuk kita perbaharui SOP di masjid.

“Apa yang paling penting sekarang ini kadar imuniti kelompok di negara ini perlu dicapai terlebih dahulu,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.