11 SEPT : Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan meninggal dunia pada jam 10.15 pagi ini.
Difahamkan jenazah akan dibawa ke Masjid Bukit Aman di ibu negara untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar.
Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar.
Allahyarham yang mengalami sakit buah pinggang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 1 Ogos lalu selepas dilaporkan pengsan ketika sedang menunggu temujanji berjadual dengan doktor di HKL.