nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Keluarga Malaysia Utamakan Persefahaman Bersama Pembangkang

12 SEPT: Persefahaman secara inklusif antara semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti demi memberikan prioriti utama kepada rakyat adalah satu transformasi politik matang di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, semua ahli Kabinet telah mempersetujui secara konsensus bahawa perlunya kerajaan mengajak pembangkang bersama kerana kita perlu mengutamakan rakyat dan negara.

“Di dalam situasi peralihan negara dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) dari fasa pandemik ke fasa endemik, Kerajaan sekarang merasakan amat perlu kita berjiwa besar untuk mengajak semua Ahli Parlimen pembangkang untuk bersama memainkan peranan membantu rakyat yang sedang dibelenggu krisis kesihatan dan krisis ekonomi. 

ANNUAR

“Kerajaan ini meletakkan rakyat sebagai prioriti yang paling utama dan bertegas mengetepikan “politicking” untuk kesejahteraan semua tanpa mengira fahaman politik,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini. 

Pada masa sama, Annuar memaklumkan ini juga adalah seiring dengan konsep Keluarga Malaysia dengan nilai-nilai murni dan kerukunan yang objektifnya adalah tidak lain dan tidak bukan bagi membina semula negara yang tercinta. 

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh turut mengalu-alukan kecenderungan para pembangkang untuk menyambut seruan kerajaan untuk bersama dalam persefahaman ini demi rakyat,

“Ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua-ketua parti Pakatan Harapan di dalam satu kenyataan media pada 11 September lalu. Saya berharap kecenderungan ini dapat diterjemahkan menjadi realiti secepat mungkin. 

“Ia perlu supaya Keluarga Malaysia tidak lagi dibelenggu kesan dari “endless politicking” dan rakyat dapat memfokuskan segalanya untuk kelangsungan hidup dan menjana ekonomi,” katanya. 

Sementara itu, Annuar berkata persefahaman antara kerajaan dan pembangkang adalah agenda yang akan membawa satu makna yang amat besar kepada negara, khususnya rakyat. 

Tambah beliau, ini juga akan membawa serta memberikan impak yang besar dengan segala pembaharuan yang akan kerajaan perkenalkan.

“Ia merupakan satu permulaan, namun saya berkeyakinan kerajaan hari ini mempunyai keazaman politik untuk membawa transformasi politik di mana wakil-wakil rakyat bersama untuk menyelesaikan isu-isu rakyat demi kelangsungan hidup. 

“Sudah tentu, persefahaman sebegini akan mengubah lanskap politik negara daripada bersifat konfrontasi yang tidak terlalu partisan kepada kebekerjasamaan dan permuafakatan antara semua wakil rakyat demi rakyat,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.