16 SEPT: Sarawak mencatatkan kes tertinggi dengan 5,291 daripada 19,198 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti COVID-19 di negara ini mencecah 1,979,698 kes.
Berbanding semalam Sarawak mencatatkan kes baharu sebanyak 3,743 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak kekal menjadi negeri tertinggi diikuti Selangor dengan 2,347 kes, diikuti Johor (2,110), Sabah (1,717), Kelantan (1,435), Pulau Pinang (1,309), Kedah (1,256) dan Perak (1,118).
“Ia disusuli Terengganu dengan 930 kes, Pahang (584), Kuala Lumpur (376), Melaka (340), Negeri Sembilan (283), Perlis (67), Putrajaya (32) dan Labuan (tiga),” katanya menerusi di media sosial beliau, hari ini.