13 SEPT : Kebakaran hutan di California Amerika Syarikat (AS) yang tercetus semalam berjaya dikawal susulan kejayaan pihak bomba memadamkan api di 182 hektar kawasan hutan terbabit.
Kebakaran hutan itu turut menyebabkan kebanyakan laluan lebuh raya terpaksa ditutup, malah dua anggota bomba dilaporkan mengalami kecederaan.
Bagaimanapun, kebakaran itu dilaporkan berjaya dikawal dengan bantuan pelepasan air daripada helikopter dan usaha memadamkan api di lokasi kejadian.
Kesemua laluan lebuh raya Interstate 5 di selatan California telah dibuka semula sejurus selepas pihak bomba memadamkan kebakaran hutan tersebut.
Perubahan cuaca akibat perbuatan manusia kini membuatkan wilayah barat AS lebih kering dan terdedah kepada ancaman kebakaran yang lebih teruk berikutan peningkatan suhu global akibat pembakaran bahan api fosil.