nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MoU Kerajaan-Pembangkang ditandatangani di Parlimen hari ini

13 SEPT : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi bekerjasama mengembalikan kestabilan politik negara di Parlimen hari ini.

Difahamkan MoU berkenaan antara lain bagi bersama menangani Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara melalui pendekatan kerjasama secara dwi-partisan.

Dalam satu kenyataan bersama wakil kerajaan dan pembangkang, keputusan itu dicapai selepas beberapa pusingan rundingan antara wakil-wakil kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) semalam.

Kenyataan bersama itu juga menyebut, semua pihak telah bersetuju bahawa memorandum persefahaman ini adalah untuk mengembalikan kestabilan politik negara demi menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara melalui pedekatan kerjasama secara ‘dwipartisan’.

“Dengan persefahaman ini, tumpuan dan keutamaan akan diberikan oleh kedua-dua pihak kepada landskap politik yang baharu melalui inisiatif-inisiatif transformasi dan pembaharuan terhadap tata kelola pentadbiran kerajaan, khususnya memperkasakan peranan institusi parlimen.

Antara wakil kerajaan dan pembangkang yang hadir dalam perbincangan mengenai memorandum persefahaman antara kerajaan dan pembangkang.

“Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mendedahkan sepenuhnya memorandum persefahaman ini kepada umum sebagai komitmen terhadap keterbukaan penuh dan kebertanggungjawaban,” kata kenyataan yang sama.

Antara pemimpin politik mewakili kerajaan pada sesi perbincangan itu ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Manakala wakil pembangkang melibatkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub; Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook; Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo; Ketua Penerangan PKR; Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.