14 SEPT : Suasana persidangan Parlimen hari ini gamat apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang bangkit mempersoalkan usul undi percaya kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun tidak dikemukakan dalam aturan urusan mesyuarat hari ini.
Kekecohan tercetus apabila pembangkang tidak berpuas hati dan menuntut agar penjelasan diberikan oleh Azhar yang ketika itu sedang mempengerusikan persidangan.
Perkara itu menyebabkan Azhar terpaksa mengawal keadaan dan memberi penjelasan lanjut kepada Ahli Parlimen mengenai kedudukan sebenar kes berkenaan.
Terdahulu, Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M Kulasegaran menegaskan mempersoalkan ketiadaan usul undi percaya kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat di dalam aturan mesyuarat.
Azhar memaklumkan bahawa beliau tidak dapat memberikan sebarang jawapan kerana pengurusan dan keputusan usul itu telah diserahkan kepada Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon.
“Saya tidak melibatkan diri dalam sebarang keputusan tersebut, saya diberitahu telah ditolak namun saya tidak tahu mengapa. Saya sudah terangkan saya memang langsung tidak terlibat. Jadi, kenalah tanya timbalan speker.
Namun, penjelasan itu masih membuatkan Kulasegaran serta dua Ahli Parlimen DAP iaitu Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dan Ahli Parlimen Puchong. Gobin Deo Singh bangkit bertegas mahukan jawapan daripada Azhar dan dilihat cuba mempertikai Azhar tidak mahu ambil tahu sedangkan Speaker Dewan Rakyat telah beri penjelasan tidak mahu campur tangan dalam sebarang keputusan usul tersebut.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mula memanaskan keadaan dengan membuat pelbagai helah bahawa kononnya Azhar tidak mahu Timbalan Spekaer masuk untuk memberikan penjelasan sebelum menangguhkan persidangan Parlimen.
Justeru itu, sebelum membenarkan Rashid masuk memberikan penerangan isu tersebut, Azhar memberi jawapan sinis “Saya tak boleh buat keputusan. Kalau saya buat keputusan nanti Ahli-Ahli Parlimen (pembangkang) juga yang mengadu.
“Saya tak bincang langsung dengan dia (Rashid). saya cuma menulis memorendum kepada beliau untuk membuat keputusan mengenainya,” katanya.-Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH