nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RMKe-12 ambil kira usaha menyeluruh pulihkan ekonomi negara

15 SEPT : Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat pada 27 September ini akan mengambil kira pelbagai usaha untuk memulih dan menjana semula ekonomi yang terkesan disebabkan oleh COVID-19 serta menangani isu struktur ekonomi bagi memastikan pertumbuhan lebih inklusif dan mampan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, strategi yang akan dilaksanakan dalam RMKe-12 menggariskan tindak balas dasar yang menyeluruh dalam mendepani situasi yang mencabar akibat pandemik COVID-19.

Katanya lagi, pelbagai langkah bagi membantu pemulihan ekonomi dan kesejahteraan rakyat akan diperkenalkan dalam Bajet 2022 di mana kesemua langkah proaktif yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah bagi memastikan setiap lapisan rakyat terbela.

“Kerajaan percaya bahawa dengan pendekatan dan langkah yang sudah diambil untuk menangani kesan daripada pandemik COVID-19, ekonomi negara akan kembali kukuh, berdaya tahan dan mapan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen bagi menjawab soalan Nga Kor Ming (PH-Teluk Intan) berhubung langkah proaktif kerajaan mengatasi kemerosotan ekonomi negara.

Datuk Seri Ismail Sabri

Menyentuh soal pelaksanaan darurat sebelum ini, Ismail Sabri berkata, dakwaan yang mengatakan pengisytiharan darurat gagal mengatasi pandemik COVID-19 adalah kurang tepat.

Ini kerana menurut beliau, terdapat kebaikan-kebaikan yang jelas terbukti daripada Proklamasi Darurat ini yang sudah membolehkan kerajaan melaksanakan tindakan mengukuhkan pengurusan kesihatan awam dengan lebih berkesan, jelasnya dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Labis, Pang Hok Liong.

Katanya, penguatkuasaan Ordinan-Ordinan Darurat membolehkan kerajaan menguruskan Pandemik COVID-19 secara menyeluruh dengan mengimbangi antara kepentingan kesihatan rakyat dan kelangsungan ekonomi negara.

“Bagaimanapun, virus COVID-19 yang bermutasi dan mencetuskan varian baharu lebih ganas serta mampu merebak melalui udara, ditambah pula dengan ketidakpatuhan segelintir masyarakat terhadap SOP menyebabkan wabak ini menular dengan pantas dan mendatangkan cabaran yang besar kepada kerajaan untuk menanganinya,” ujarnya.

Sementara itu, dalam jawapan bertulis Perdana Menteri bagi menjawab soalan Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong), Ismail Sabri berkata, dasar Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 masih relevan sebagai dasar yang akan memacu negara dalam membentuk ekonomi, mengagih kekayaan, membangunkan infrastruktur, menjana kesejahteraan sosial serta memupuk semangat perpaduan dalam acuan Keluarga Malaysia.

“WKB 2030 ini akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju di mana pengagihan ekonomi adalah lebih adil dan saksama demi kemakmuran bersama,” jelasnya lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.