15 SEPT : Roket Soyuz Russia itu yang dikendalikan oleh Arianespace dari Eropah, berlepas ke angkasa lepas pada jam 2.07 petang waktu tempatan semalam dari kosmodrom Baikonur di Kazakhstan,
Roket itu berlepas dengan membawa 34 satelit baru dari pengendali Britain Oneweb, yang bertujuan menyediakan internet jalur lebar di mana-mana sahaja di dunia disiarkan secara langsung oleh agensi angkasa Russia Roscosmos.
OneWeb berusaha untuk menyelesaikan pembinaan konstelasi satelit orbit bumi rendah yang menyediakan jalur lebar dan perkhidmatan lain yang lebih baik kepada negara di seluruh dunia.
Syarikat itu bersaing dengan jutawan Elon Musk dan Jeff Bezos dalam perlumbaan untuk menyediakan internet pantas bagi kawasan terpencil di dunia melalui satelit.
Syarikat United Kingdom (UK) merancang untuk perkhidmatan internet komersial globalnya beroperasi pada tahun depan, disokong oleh kira-kira 650 satelit.
Arianespace, yang telah bekerjasama dengan Russia selama hampir dua dekad, berada di bawah kontrak untuk melakukan 16 pelancaran Soyuz antara Disember 2020 dan akhir 2022.