15 SEPT : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesan sebanyak 19,495 lagi kes baharu COVID-19 seluruh negara menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dijangkiti kini mencecah 2,030,935 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi data yang dimuat naik di Facebooknya, sebanyak lapan negeri mencatatkan pertambahan kes empat angka.
Sarawak pula kembali mengatasi Selangor menjadi negeri tertinggi kes jangkitan baharu iaitu sebanyak 4,709 kes.
Ini diikuti oleh Selangor dengan 2,710 kes, Sabah (2,015), Johor (1,860), Pulau Pinang (1,757), Kelantan (1,434), Kedah (1,178) dan Perak (1,174).
Beberapa negeri turut melaporkan pertambahan kes iaitu Terengganu iaitu 993 kes, Pahang (766), Kuala Lumpur (363), Negeri Sembilan (222), Melaka (190), Perlis (108), Putrajaya (16).
Tiga negeri yang mencatatkan kes terendah ialah Wilayah Persekutuan Labuan di mana tiada kes baharu dikesan, Wilayah Persekutuan Putrajaya sebanyak 16 kes dan Perlis sebanyak 108 kes.